Kari ikan masin




Kari ikan masin
Hidangan Makanan Untuk 5 atau 6 orang sahaja
12 ketul ikan talang masin (ikan masin apa2 pun boleh)
3 biji terung bulat di belah 4
4 sudu serbuk kari daging
1 serbuk cili kering (cili boh pun boleh)
2 cawan santan
2 sudu helba campur
Sedikit bunga lawang dan cengkih
1 batang kulit kayu manis
Sedikit daun kari
1 asam keping
1 biji bawang besar dimayang halus
3 ulas bawang putih di mayang halus
1/2 inci halia di mayang halus
sedikit garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak.
Cara-cara
1. Panaskan minyak masukan daun kari, helba campur,bunga lawang,cengkih dan kulit kayu manis. Masak 1-2 minit.

2. Kemudian masukan rempah kari dan serbuk cili. Letakkan sedikit air. Kacau sehingga naik minyak. Setelah rempah tadi garing masukkan sedikit air dan santan. masak 3-4 minit.

3. Masukan ikan masin, masak dgn api perlahan sehingga 4 minit kemudian masukan terung. Tunggu sehingga terung tadi lembut kemudian masukan asam keping, serbuk perasa dan sedikit garam (jika perlu).

4. Di kuali yang lain goreng halia,bawang besar dan bawang putih sehingga garing dgn minyak yang sedikit kemudian masukan kesemua bahan tadi bersama minyak ke atas kari yang telah dimasak itu tadi. Siap untuk di santap
Next
Newer Post
Previous
This is the last post.