Nasi Goreng

Nasi Goreng
Bahan:

    2 mangkuk nasi
    2 biji telor
    1/2 labu bawang besar - dihiris
    2 ulas bawang putih-dihiris
    1 1/2 sudu besar pes tomyam
    Sedikit kobis dan sawi-dipotong2
    5 biji cili padi - diketuk
    1- 2 helai daun limau purut - hiris halus
    1 batang serai-dihiris halus
    1 sudu besar sos ikan-ni optional
    sedikit hirisan lengkuas
    10 ekor udang
    Minyak masak secukupnya
    Garam secukup rasa

Cara Memasak:

    Panaskan minyak di dalam kuali Pecahkan telor dan goreng seperti telor hancur hingga masak.
    Masukkan bawang, serai, lengkuas dan cili padi . Goreng hingga wangi.
    Masukkan udang , pes tomyam dan sos ikan. Kacau hingga udang masak.
    Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.
    Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan masukan garam secukup rasa.
    Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api dan boleh lah dihidangkan dengan taburan bawang goreng.