Gulai nangka ikan masin talang

Untuk 4 orang sahaja
Bahan-bahan:
1 PAKET NANGKA (YANG JUAL KAT PASAR TU)
200 G TULANG IKAN TALANG MASIN
1 PAKET SANTAN/1 BIJI KELAPA
2 CAMB SERBUK KARI IKAN
1 CAMB SERBUK CILI
2 LABU BAWANG BESAR (1 DI MAYANG DAN 1 DI TUMBUK)
3 ULAS BAWANG PUTIH DIMAYANG
2 CAMT HALBA CAMPUR
AIR ASAM JAWA
DAUN KARI
Cara-cara
1. RENDAM DALAM 10 MINIT TULANG IKAN MASIN KEMUDIAN CUCI DAN REBUS DENGAN AIR SEPARASNYA DENGAN SERBUK KARI DAN SERBUK CILI.

2. REBUS DALAM PERIUK BERASINGAN NANGKA SEHINGGA AGAK LEMBUT, CUCI DAN KETEPIKAN.

3. MASUKKAN BAWANG YANG DITUMBUK TADI KEDALAM REBUSAN IKAN MASIN TADI, APABILA IKAN MASIN AGAK LEMBUT MASUKKAN NANGKA TADI.

4. SETELAH MENDIDIH, MASUKKAN SANTAN DAN AIR ASAM JAWA TADI DAN DIDIHKAN LAGI.

5. TUMIS DARAT - DALAM KUALI BERASINGAN PANASKAN 4 CAMB MINYAK DAN TUMIS BAWANG BESAR, BAWANG PUTIH, HALBA CAMPUR DAN DAUN KARI.

6. TUTUP API KARI TADI DAN TUANGKAN TUMISAN DARAT TADI, TUTUP PERIUK DAN RASA ASAM GARAM